Lanun Barbar
Lanun Barbar

Lanun Barbar

PiratesPrivateers
BuccaneersCorsairs
Barbary piratesWokou
Piracy in the Caribbean
Piracy in the Strait of Malacca
Port RoyalTortugaSaint-Malo
LibertatiaBarbary Coast
Sir Francis DrakeSir Henry Morgan
Bartholomew RobertsGrace O'Malley
BlackbeardRedbeard
Anne BonnyMary Read
Robert SurcoufRené Duguay-Trouin
Stede BonnetJean Bart
François l'OllonaisWilliam Kidd
Calico Jack RackhamHenry Every
Jean Lafitte
List of pirates*List of female piratesRobert MaynardCaptain Ogle
William RhettLanun-lanun Barbar dikenali juga sebagai 'lanun Otoman' . Lanun ialah aktiviti merompak dan menyamun kapal-kapal dagang di tengah laut dan perkampungan nelayan di pinggiran pantai dan pulau-pulau terpencil.Lanun Barbar menjalankan aktiviti mereka di Afrika Utara , khususnya di Laut Mediterranean, Tunis, Tripoli, Algiers, Salé dan pelabuhan-pelabuhan di Maghribi. Afrika Utara dikenali juga sebagai Pantai Ottoman. Banyak-banyak kapal dagang dari Eropah yang hendak ke Asia telah dilanun. Kegiatan ini berterusan hingga abad ke-19 terutama semasa Perang Salib. Penduduk Afrika Utara secara umum dipanggil Berber.Lanun-lanun ini menangkap hamba Kristian dari Eropah dan dijual di pasar-pasar hamba seperti di Algeria dan Maghribi. Menurut Robert Davis, antara 1 juta hingga 1.25 juta orang Eropah telah ditangkap oleh lanun antara abad ke-16 dan ke-17 dan dijual sebagai hamba. Mereka ditangkap di sepanjang kampung nelayan di Itali, Sepanyol dan Portugal , Perancis dan England serta Belanda dan Ireland .Kesan kegiatan lanun ini, kehilangan beribu-ribu kapal dagang . Tumpuan lanun ini ialah di pulau-pulau Balearic, rumah api dan gereja. Pulau Formentera hampir tidak berpenghuni kerana kegiatan lanun. Tahun 1551 , Turgut Reis telah memperhambakan semua penduduk Malta Gozo . Antara 5000 hingga 6000 penduduknya dihantar ke Libya.Lanun yang terkenala ialah Ottoman Barbarosa bersaudara . Singkatannya Hizir (Hayrreddin) dan abangnya Oruç . Mereka menguasai kawasan Algiers pada abad ke-16 selama 3 abad terutama semasa Empayar Ottoman kerana semakin banyak kapal dagang belayar di Laut Mediterranean.Lanun-lanun lain yang terkenal ialah Turgut Reis ( Dragut) ,,Kemal Reis, Salih Reis dan Koca Murat Reis.